Jakarta-Baju besi Sultan yang pernah menguasai sebahagian besar pulau Borneo (Sarawak, Sabah dan kalimantan) suatu ketika dahulu.
Baju besi milik Sultan Husin Kamaluddin, Sultan Brunei yang ke 16. Lambang yang tersemat di pelapik tembaga di bahagian dada kanan baju besi ini adalah lambang Kesultanan Brunei lama iaitu di zaman pemerintahan Sultan Hussin Kamaluddin.Mengandungi imej bulan sabit, payung ubur-ubur, sayap serta bintang pecah 8. Tertera ukiran kalimah Allah dan Muhammad. Turut menghiasi lambang ini adalah 44 biji batu delima merah asli yang berukuran 2mm setiap satu.
Lambang yang tersemat pada pelapik tembaga di bahagian dada kiri pula adalah merupakan ukiran bulan sabit dan bintang pecah 8 bertatahkan 10 biji delima merah asli berukuran 2mm setiap satu. Terdapat perkataan BRUNEI dalam tulisan jawi. Komposisi lambang ini adalah terdiri dari perak dan batu delima merah.
Baju perang ini diperkukuhkan dengan pelapik tembaga dibahagian hadapan dengan ukiran corak bunga air molek. Diukir dengan begitu halus dan teliti oleh tukang ukir yang mahir. Mengandungi unsur perak, tembaga dan emas.
Terdapat 6 kepingan Pitis yang dilekatkan pada baju, 2 di bahagian atas 4 di bahagian bawah. Tertera perkataan Sultan Kamaluddin Malik Al-Dzahir pada Pitis tersebut. Kepingan Pitis ini merupakan matawang pada zaman pemerintahan Sultan Hussin Kamaluddin.
Untuk pengetahuan anda, pada awal kurun ke-16 empayar ini pernah menguasai kerajaan islam di luzon Manila Filipina dengan mengenakan Ufti kepada pemerintah disana.